Penggunaan jahitan tangan adakala diperlukan untuk mendapatkan kehalusan, kecantikan dan menjahit bahagian - bahagian yang rumit serta susah untuk menggunakan mesin jahit. Jahitan tangan dibahagikan kepada dua jenis
a) Jahitan sementara
b) Jahitan tetap
RAJAH JAHITAN TETAP
KEGUNAANNYA
Jelujur halus
Kegunaannya adalah sebagai jahitan
untuk menemukan dua lapisa kain, lipatan kain dan kedut
Silang pangkah
Boleh digunakan sebagai satu mata jahitan hiasan atau mengemas kelepet
Kia
Kegunaannya adalah sebagai jahitan untuk menemukan dua lapisan kain.lipatan kain dan kedut
Lilit ubi
Jahitan untuk menyudahkan tepi kain supaya tidak berbulu
Insang pari
Kegunaan utama jahitan ini adalah untuk menghias tepi kain
Lubang butang
Digunakan pada bagi menghias lubang butang
Sembat
Digunakan bagi menetapkan kelepet
Sembat susup
Mata jahitan ini sangat halus dan ia digunakan bagi menetapkan dua lapisan tepi kain
JAHITAN SEMENTARA
KEGUNAANNYA
Jelujur (sama panjang,panjang pendek)
Menetapkan kedudukan kelim dan kelepet sebelum dijahit
Jelujur serong
Menetapkan dua atau lebih lapisan fabrik bagi menetapkan fabrik
Jahitan tanda
Menandakan kedudukan fabrik pada garis pemadan
No comments:
Post a Comment